fbpx

Megan Fox pernah jadi ‘pisang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAN FOX

SEBELUM bergelar bintang Hollywood terkenal, aktres seksi Megan Fox pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai menjual minuman ‘smoothie’.

Pendedahan tersebut dibuat pelakon berusia 37 tahun itu semasa ditemu bual dalam sebuah rancangan podcast (audio siar). baru-baru ini.

Apa yang melucukan, sewaktu bekerja di kedai tersebut, Fox memberitahu dia terpaksa memakai kostum berbentuk pisang untuk menarik perhatian pelanggan.

“Mujur pada ketika itu tiada siapa mengenali saya.

“Tapi saya bersyukur kerana kebanyakan waktu, saya perlu bertugas di bahagian kaunter pembayaran. Mungkin kerana wajah saya yang jelita lebih menarik perhatian pelanggan,” katanya.

Dek pesona kecantikan semula jadi, aktres Transformers itu juga kerap diberikan tip oleh pelanggannya.

“Setiap hari saya menerima tip sekitar AS$20 (RM92). Jumlah itu sudah cukup besar bagi saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI