fbpx

Dewan Rakyat: Lebih 300,000 pasangan guna perkhidmatan subfertiliti LPPKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 300,000 pasangan telah menggunakan perkhidmatan subfertiliti yang ditawarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu berkata, jumlah itu secara purata menunjukkan antara 1,500 hingga 2,000 pasangan telah menggunakan perkhidmatan itu setiap tahun.

“Sebanyak 40,576 kes baru dan 262,657 kes ulangan telah dicapai melalui perkhidmatan subfertiliti yang ditawarkan.

“Ini jelas orang awam menyambut baik perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Subfertiliti LPPKN ini serta menunjukkan keyakinan pasangan-pasangan ini untuk terus mendapatkan perkhidmatan dan rawatan ulangan di sini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang meminta kementerian menyatakan sambutan orang ramai terhadap Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN dan adakah objektifnya tercapai.

Selain itu Aiman Athirah berkata, berdasarkan Data Profil Klien Subfertiliti LPPKN, 95 peratus daripada pasangan yang mendapatkan perkhidmatan subfertiliti LPPKN kumpulan sasaran utama iaitu golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah.

“Sebanyak 27,216 prosedur rawatan subfertiliti telah dijalankan sehingga kini dengan pencapaian kehamilan melebihi 6,000 klien, iaitu sekitar 22 peratus.

“Kadar kejayaan ini adalah setanding dengan pusat-pusat rawatan kesuburan di Malaysia mahupun antarabangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI