fbpx

Datuk, dua cucu cedera kereta rempuh kedai stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA dinaiki mangsa merempuh kedai serbaneka selepas pemandu warga emas tertekan pedal minyak di stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang warga emas dan dua cucunya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 69 tahun serta dua cucunya, masing-masing 12 dan 13 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Hyundai Sonata baru sahaja selesai mengisi minyak dan ingin meneruskan perjalanan.

“Dia bagaimanapun telah tertekan pedal minyak semasa memasuki gear D dan terbabas merempuh kedai serbaneka di pam minyak tersebut.

“Akibat kemalangan itu, pemandu yang merupakan seorang pesawah dan dua cucunya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, malam tadi.

KEADAAN kereta mangsa selepas merempuh sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, malam tadi.

Tambahnya, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga yang kemudian tiba di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut beliau berkata, insiden tersebut telah dilaporkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan yang berusia 51 tahun dan kejadian tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam.

Keadaan stesen minyak di Jalan Bukit Rambai selepas dirempuh sebuah kereta malam tadi.

“Mujur ketika kejadian tiada pelanggan yang berada di dalam kedai serbaneka tersebut.

“Kes akan didiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI