fbpx

KPM beri sokongan psikososial kepada Muhammad Syahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahril menunjukkan keputusan SPM 11A yang diterimanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kandis, Bachok kelmarin. FOTO TOREK SULONG

PETALING JAYA – Pasukan kaunselor Kementerian Pendidikan (KPM) diminta bersedia untuk memberi sokongan psikososial kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia berikutan kematian ibu pelajar tersebut, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, akibat penyakit angin ahmar kira-kira pukul 8 malam semalam.

“Inalillahi wainna ilaihi raaji’un. Salam takziah diucapkan buat anakanda Muhammad Syahril sekeluarga.

“Saya doakan semoga anakanda yang baik dan cerdik ini terus diberikan ketabahan dalam menempuhi tempoh yang sukar ini.

“Saya mohon agar orang awam memberikan ruang yang wajar kepada keluarga Allahyarhamah. Saya juga telah memastikan pasukan kaunselor KPM agar bersedia untuk memberikan sokongan psikososial kepada keluarga khususnya kepada anakanda Muhammad Syahril,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kisah tular pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang terlantar sakit, namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM.

Pelajar itu menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah disebabkan perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI