fbpx

Wanita lawan arus ketika ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu melanggar peraturan dengan melawan arus ketika ujian litar. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menunggang motosikal secara melawan arus semasa ujian litar, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @liesilme.

Seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal automatik kelihatan cuba membuat pusingan 8 yang ditanda menggunakan beberapa kon sebagai penghadang.

Dia tidak mengikut anak panah yang ditanda, malah melanggar peraturan yang ditetapkan.

Pegawai yang mengawasi kejadian itu terus menegurnya dan wanita berkenaan serta-merta gagal ujian tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Anak panah sudah ada di jalan mak cik,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI