fbpx
AZUHAN (kanan) membantu Hazira memberikan susu melalui tiub kepada Nur Qaireen di Kampung Kedondong, Pasir Mas baru-baru ini. – ROHANA MOHD. NAWI

RM3,000 sebulan kos keperluan khas anak lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang suri rumah buntu untuk menyediakan keperluan termasuk susu khas, lampin dan lain-lain bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang terlantar dan lumpuh seluruh anggota badan akibat menghidap kecederaan otak selepas mengalami masalah kekejangan sejak empat bulan lalu.

Hazira Nawi, 32, mengha­rapkan bantuan orang ramai memandangkan harga susu anaknya, Nur Qaireen Erina Abdullah agak mahal iaitu RM83 setin dan dalam seminggu sekurang-kurangnya tiga tin susu diperlukan.

Katanya, sejumlah RM1,200 diperlukan hanya untuk pembe­lian susu, tidak termasuk pembelian lampin pakai buang dan tisu basah.
Ujarnya, bagi kesemua keperluan, dia memerlukan sebanyak RM3,000 sebulan termasuk kos rawatan di hospital.

“Sekarang, anak saya hanya bergantung kepada susu khas tersebut untuk meneruskan kehidupan.

“Saya tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah ibunya di Kampung Kedondong, di sini baru-baru ini.

Katanya, sebelum ini dia sekeluarga menetap di Kuala Lumpur dan selepas anaknya disahkan mengalami masalah otak dan saraf berpunca daripada kece­deraan otak akibat kekurangan oksigen, dia mengambil keputusan pulang ke kampung.

“Buat masa ini, hanya suami bekerja di Kuala Lumpur dan akan pulang sekali sebulan atau dua minggu sekali untuk menje­nguk kami sekeluarga,” ujarnya.

Katanya, dia difahamkan oleh doktor, anak sulung daripada tiga beradik itu akan mengalami lumpuh seumur hidup, tetapi sentiasa berdoa agar penyakit anaknya dapat diubati.

Prihatin dengan nasib Nur Qaireen, sukarelawan Pertubuhan Anak Yatim Miskin (Payatim) Kelantan, Azuhan Ibrahim hadir memberikan sedikit bantuan susu dan lampin kepada kanak-kanak tersebut.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Hazira Nawi di talian 012- 206 5602 atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7630249542 atas nama Abdullah Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN