fbpx

Salam Perantauan 3 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SALAM lebaran buat mak, ayah, ahli keluarga tersayang di Terengganu. Tidak lupa juga buat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Sekolah Menengah Agama Marang, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin dan sahabat handai di tanah air.

Daripada: Ku Ahmad Nabiel Ku Apwa
Lokasi: Kaherah, Mesir

 

SELAMAT hari raya, maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga, adik-beradik dan sanak saudara yang berada di Klang (Selangor) serta Terengganu.

Daripada: Norazlin Mohamad, Mohd. Tarmizi Mad Juhari, Nur Naura Alifaa dan Nur Najah Aqeela
Lokasi: Alberta, Kanada

 

SALAM Aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan kepada mama, papa, kaum keluarga dan sahabat handai di Kuala Lumpur serta Kelantan. Tidak dilupakan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Daripada: Nur Syazana
Lokasi: Leeds, United Kingdom

 

SAYA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga di Kuching, Sarawak serta sahabat handai yang mengenali diri ini di seluruh Malaysia.
Mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan, terkasar bahasa dan tersilap kata. Semoga kita diberi kesempatan berkumpul untuk meraikan lebaran bersama di tanah air tercinta. Jauh di mata, dekat di hati.

Daripada: Syamaizar Wahed
Lokasi: Garraf, Iraq

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI