fbpx

Mantan Mufti Perlis meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Mat Jahya.

KANGAR – Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia, sebentar tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Difahamkan sebelum ini, Allahyarham Mat Jahya menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis.

Difahamkan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Puncak Alam, selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham Mat Jahya berkhidmat sebagai Mufti Perlis selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004 dan merupakan mufti paling lama berkhidmat di negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI