fbpx

Bos besar kantoi curang, pakai sedondon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jiyong dan Sijin dirakam berpegangan tangan di jalan. - Douyin

BEIJING, China – Gara-gara sebuah video fesyen jalanan, seorang lelaki di China dipecat selepas didapati curang bersama wanita lain, lapor laman berita Detik hari ini. 

Hu Jiyong yang dipecat, merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengurus di salah sebuah syarikat terbesar China, Huanqiu Engineering Project Management (Beijing) Co. Ltd.

Menerusi sebuah klip video fesyen jalanan yang dimuat naik dalam  aplikasi Douying, Jiyong didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Dong Sijin.

Sijin yang berkelulusan dari Universiti Petroleum China didapati bekerja di bawah Jiying dan isterinya di syarikat sama.

Kedua-dua mereka dirakam berpegangan tangan dan berpakaian sedondon. 

Selepas video itu tular, syarikat Huanqiu Engineering mengambil tindakan tegas dengan memecat Jiyong.

Pihak pengurusan bagaimanapun masih belum mengambil tindakan terhadap Sijin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI