fbpx

Bapa dilumur bedak ketika kenduri doa selamat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu kelihatan pasrah ketika dilumuri bedak oleh orang ramai. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang bapa dilumur bedak oleh orang ramai ketika kenduri doa selamat bayinya yang baru dilahirkan, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @kuryadi_barera. 

Seorang bapa kelihatan menggendong bayinya di hadapan tetamu yang berdiri sambil berselawat.

Sebuah dulang berisi bekas bedak turut diedarkan kepada setiap tetamu ketika bapa itu berjalan di hadapan mereka.

Beberapa tetamu bukan sahaja meletakkan bedak di wajah bayi tersebut, malah mereka bergurau dengan melemuri muka bapanya.

Wajah lelaki itu yang berkulit sedikit gelap kemudian dipenuhi tompokan bedak putih.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jadi keliru bayinya yang mana satu,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI