fbpx

Rider akhirnya ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang sebelum ini diburu kerana membunuh lelaki dalam sebuah rumah di Klang

KLANG – Pemburuan seorang lelaki dikenali Rider sejak dua minggu selepas dikehendaki dalam pembunuhan seorang lelaki akhirnya berakhir selepas dicekup malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 9.50 malam di Seksyen 25, Shah Alam dekat sini.

“Kita mendapat perintah reman selama tujuh hari selepas dikeluarkan Mahkamah Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dikenali B. Perkas Rao @ Rider, 41, diburu selepas terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki di sebuah di Taman Sentosa Utama, pada 26 Mei lalu.

Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 34 tahun telah dipukul suspek dan mempunyai 27 kesan kecederaan pada seluruh badan serta patah tulang kaki kiri. -KOSMO!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI