fbpx

Pemandu Ativa maut rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Perodua Ativa yang dipandu mangsa terbalik selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 29, Lebuh Raya Utara Selatan, Kulai pagi hari ini.

KULAI – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu telah merempuh sebuah lori di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Yusof Othman berkata, anggota trafik di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 7 pagi.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan kereta Perodua Ativa dengan sebuah lori Hino yang dalam perjalanan menuju ke arah Utara.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Ativa menghala ke utara telah hilang kawalan lalu melanggar belakang lori itu dari arah sama di lorong kiri.

“Mangsa itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI