fbpx

Pelawak Jocelyn biadab dan kurang ajar – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony

SHAH ALAM – Perbuatan pelawak, Jocelyn Chia memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi MH370 disifatkan sebagai biadab dan kurang ajar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebagai pelawak atau manusia tidak sepatutnya menjadikan mangsa tragedi itu sebagai bahan jenaka dalam pentas komedinya.

Katanya, kenyataan dikeluarkan pelawak itu juga tidak boleh diterima dan dianggap langsung tidak mempunyai sikap perikemanusiaan.

“Saya hendak katakan bahawa apa yang dinyatakan oleh pelawak itu adalah kenyataan biadab, kurang ajar dan tidak berperikemanusian.

“Tiada manusia yang akan membuat sebegitu apatah lagi tragedi MH370 melibatkan lebih 200 nyawa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampian sijil sistem pengurusan anti rasuah, hari ini.

Anthony turut memaklumkan beliau turut menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura yang turut terkejut dengan apa dinyatakan oleh pelawak tersebut.

Ujarnya, langkah segera perlu dilakukan Singapura untuk memastikan isu ini tidak dipolemikkan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan dua hala.

“Bagi saya, pentas komedi pun ada batasannya tetapi tidak boleh menggunakan satu tragedi untuk dijadikan bahan jenaka dan menggunakan hubungan negara sebagai bahan jenaka.

“Ini sesuatu yang amat serius dan boleh menjadi masalah isu dua negara. Apa yang dinyatakan itu tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengharapkan bahawa insiden itu sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk juga pelawak di negara kita.

Terdahulu, Jocelyn yang dipercayai lahir di Singapura bertindak keterlaluan apabila memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Selain membuat kenyataan menghina Malaysia, wanita itu turut menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan lucu kerana tidak pernah mendarat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI