fbpx

Impian Irene, Seulgi jumpa Beyonce tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRENE dan Seulgi daripada kumpulan Red Velvet.

PERASAAN teruja bertukar duka buat penyanyi kumpulan Red Velvet iaitu Irene dan Seulgi yang tidak dapat menghadiri konsert Beyonce di London disebabkan tiket mereka bermasalah.

Sebaik tiba di Stadium Tottenham Hotspur, kedua-dua selebriti itu berjaya mengimbas tiket mereka.

Namun, mereka menghadapi masalah dengan kakitangan yang menemani mereka.

Bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku, mereka dibawa ke pejabat yang mengeluarkan tiket bagi konsert berkenaan.

Bagaimanapun, setelah selesai, mereka cuba memasuki semula stadium namun gagal apabila pihak keselamatan menafikan akses masuk kerana tiket sudah diimbas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI