PETALING JAYA – Hujat lebat dan ribut petir diramalkan melanda Perlis, Perak, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.
“Hujan di Perak, Selangor dan Kedah dijangka berlaku di satu dua tempat manakala Perlis, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor hanya melibatkan kawasan pantai.
“Bagi Sabah pula membabitkan Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berbeza, MetMalaysia turut meramalkan cuaca maksimum harian antara 31 hingga 35 Celcius di semua negeri. – KOSMO! ONLINE