fbpx

Salma Asis sasar masuk Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salma tidak menolak kemungkinan menyertai pertandingan nyanyian nombor satu, Gegar Vaganza.

AGAK lama menyepi, Salma Asis mengakui namanya hanya hangat selepas menyertai pertandingan nyanyian yang membuatkannya tidak kisah digelar penyanyi bermusim.

Katanya, walaupun jarang muncul selepas kali terakhir bertarung di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) tawaran persembahan masih banyak sekali gus membuatkannya ingin mencuba pertandingan lain.

“Memang saya akui ada yang tertanya-tanya sama ada saya masih aktif atau tidak. Hakikatnya persembahan pentas tetap rancak, cuma mungkin tak keluar kisah di akhbar atau portal punca orang sangka saya menyepi.

“Ramai kata nama saya disebut-sebut selepas menyertai pertandingan macam Mentor, 3 Juara dan AJL32. Saya tak kisah pun perkara itu.

“Sebaliknya jadikan saya semakin teruja untuk menyertai pertandingan lain macam Gegar Vaganza contohnya.

“Paling penting peluang sebegitu bagi saya ruang untuk terus mampan dalam industri muzik ini,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri dan sambutan Hari Gawai SOCC Holdings, baru-baru ini.

Jauh di sudut hati, juara Mentor musim kelima itu enggan melihat situasi dihadapi sepanjang lebih sedekad dalam industri menjadi penghalang untuk terus melonjakkan kemampuan.

Album sulung

Malah Salma yang juga lolos ke AJL32 dengan mempertaruhkan lagu Ajai, Akhirnya Cinta itu turut membulatkan tekad mengejar impian menghasilkan album sulung.

“Sekarang saya berada di bawah CQ Music yang mempunyai agenda merealisasikan sebuah album mini serta terbitkan single baharu tahun ini.

“Selepas mempunyai sembilan lagu sepanjang 12 tahun saya dalam area ini, rasanya tiba masa untuk saya memenuhi hajat. Doakan moga termakbul,” ulasnya.

Terdahulu, rumah tangga penyanyi asal Tawau, Sabah itu dengan bekas peserta Akademi Fantasia musim sembilan, Azri Abdullah dikurniakan dua permata hati iaitu Andi Raisya, 9, serta Irfa Miqaila, 2.

Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Salma atau nama lengkapnya, Salmah Andi Asis, 33, mempunyai sepasang cahaya mata, Putri Nurul Huda, 17, dan Khairul Anwar, 12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI