fbpx

Pembangkang Perak gesa SPRM siasat isu Tanah Rizab Melayu di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (empat dari kanan) ketika sidang akhbar di bangunan SPRM Perak di Ipoh, Perak hari ini

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan terperinci terhadap isu berkaitan Tanah Rizab Melayu yang dipecahkan kepada lot-lot serta dipindah milik kepada bukan Melayu di Sitiawan.

Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria berkata, SPRM juga perlu menyiasat bagaimana proses pertukaran nama lot-lot tersebut kepada pemilik bukan Melayu tersebut terjadi.

“Kami menggesa kerajaan negeri Perak memandang serius isu ini dan memberi pencerahan kepada rakyat agar imej kerajaan yang memerintah dilihat bersih.

“SPRM perlu menyiasat dan mencari mereka yang perlu dipertanggungjawabkan jika didapati berlaku pelanggaran kepada mana-mana akta atau enakmen. Mereka yang terlibat perlu diheret ke muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal mengikut lunas undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Razman diiringi Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Perak, Rosli Abdul Rahman dan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad menyerahkan laporan berkaitan isu berkenaan kepada SPRM di sini.

Razman berkata, laporan yang diserahkan kepada SPRM itu juga bertujuan untuk memastikan hak perlembagaan yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan Enakmen Rizab Tanah Rizab Melayu dipelihara.

Jelasnya, ia turut meliputi kewajipan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan Tanah Rizab Melayu, selain tiada transaksi melibatkan tanah tersebut kepada golongan bukan Melayu.

“Sekiranya ada pelupusan, ia diganti dengan segera dan setara nilai hartanah yang telah dilupuskan,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya mendapati sebanyak 647.4 hektar Tanah Rizab Melayu telah dipecahkan kepada 317 lot, bahkan ia dijual golongan bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi setiap lot.

“Tanah-tanah yang ditukar milik antara 2008 hingga 2014 tersebut didapati digunakan bagi tujuan perladangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI