fbpx

Messi mahu pulang ke Barcelona, namun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA Messi yang juga ejennya, Jorge Messi memaklumkan bahawa anaknya gembira untuk kembali menyarung jersi Barcelona pada musim depan. – AFP

BARCELONA – Hasrat Barcelona untuk membawa pulang legenda pasukan itu, Lionel Messi mungkin boleh ditunaikan selepas bapanya, Jorge mengakui anaknya sedia kembali menyarung jersi The Catalans.

Kapten Argentina itu kini bergelar sebagai ejen bebas selepas dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selain sedang menilai beberapa tawaran yang dikemukakan.

Walaupun dilihat berkunjung ke rumah Presiden Barcelona, Joan Laporta, namun Jorge menafikan kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai masa depan Messi meskipun mengakui ianya (perpindahan) mungkin berlaku.

“Sudah tentu dia (Messi) mahu kembali ke Barcelona. Saya juga mahu lihat dia pulang ke Camp Nou dan menyarung jersi Barcelona. Kita tunggu dan lihat apa berlaku pada jendela perpindahan musim panas,” katanya.

Difahamkan, La Liga sudah memberi kebenaran kepada Barcelona bagi membawa pulang Messi meskipun mereka berdepan masalah kewangan sebelum ini sehingga menyebabkan mereka sukar untuk mendaftarkan pemain baharu.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez sudah beberapa kali sebelum ini menyatakan beliau mahu membawa pulang Messi selain menyatakan pintu sentiasa terbuka buat pemain berusia 36 tahun itu.

Sementara itu, tawaran daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal dengan pendapatan lumayan £345 juta (RM1.97 bilion) semusim masih tersedia sekiranya Messi mengambil keputusan untuk meninggalkan kancah bola sepak Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI