fbpx

Mayat berseluar dalam ditemui di tempat pembuangan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT tanpa identiti di temui di tempat pembuangan sampah di tepi jalan Felda Maokil - Bukit Kepong, Lenga, Muar, Johor pada 2 Jun lalu

MUAR – Mayat seorang lelaki ditemui disyaki dibunuh sebelum dibuang di tempat pembuangan sampah di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, di sini, 2 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar telah hadir ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat dalam keadaan terlentang serta tidak berpakaian hanya berseluar dalam dan lokasi penemuan mayat ini merupakan tempat pembuangan sampah berdasarkan terdapat longgokan sampah-sampah di kawasan tersebut.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat samada ianya merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua (dibuang / diletakkan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan fizikal ke atas mayat oleh Pasukan Forensik Zon Utara dan Pasukan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar mendapati keadaan mayat telah mereput dan tiada sebarang identiti mangsa diperolehi.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma benda tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati,” ujarnya.

Polis Daerah Muar memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zakini Ab Latif di talian 013-2338184. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI