fbpx

Ketua Polis Daerah disyaki terima rasuah dibawa ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) diiringi pegawai SPRM tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.58 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

KUANTAN – Ketua Polis Daerah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Suspek berumur 53 tahun yang diiringi pegawai SPRM tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.58 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Semalam SPRM menahan seorang Ketua Polis Daerah di negeri ini kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu disyaki menerima rasuah sejak tahun 2017 hingga 2022 bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Bayaran rasuah itu disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin, mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI