fbpx

Kambing manja minta tuan gendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kambing itu digendong oleh seorang wanita di jalan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan gelagat seekor kambing yang meminta digendong oleh tuannya, lapor laman berita Liputan 6 semalam. 

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @rhisstpnsadarr.

Seorang wanita kelihatan berhenti berjalan sebelum duduk mencangkung di hadapan kambingnya.

Apabila wanita itu bersedia, kambing tersebut kemudian mengangkat dua kakinya ke atas bahu tuannya seperti kanak-kanak meminta untuk digendong.

Apabila dibawa berjalan, kambing itu kelihatan tenang.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini menguatkan keinginan saya untuk mempunyai seekor kambing sebagai haiwan peliharaan,” komen seorang netizen.

“Saya fikir hubungan kita istimewa, malah dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha,” komen netizen lain secara berseloroh. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI