fbpx

Sanusi sedia beri kerjasama siasatan isu P. Pinang milik Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi pihak berkuasa berhubung kenyataannya mengenai Pulau Pinang milik Kedah.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

“Setakat ini saya belum beri keterangan. Mungkin esok depa ‘mai’ (ambil keterangan).

“Saya sedia beri kerjasama, 1000 ‘persen’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak mendedahkan bila dan di mana pertemuan itu akan diadakan.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pagi tadi memaklumkan, pihak polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap kenyataan dibuat Muhammad Sanusi, baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, sebahagian daripada laporan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara.

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dengan kedua-dua negeri tidak mempunyai sempadan.

Katanya, Pulau Pinang tidak pernah terlepas dari Kedah kerana negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu sememangnya hak Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI