fbpx

Malaysia dipilih jadi Ahli Majlis IALA sehingga 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Halim (kiri) menerima cenderamata sebagai Ahli Majlis IALA daripada Francis Zachariae di Rio de Janeiro, Brazil.

PUTRAJAYA – Malaysia sekali lagi dipilih menjadi Ahli Majlis Persatuan Lembaga Rumah Api dan Bantuan Marin Navigasi Antarabangsa (IALA) sehingga tahun 2027.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini berkata, Malaysia pernah menjadi Ahli Majlis IALA buat kali pertama pada tahun 2002 sehingga tahun lalu.

Katanya, Malaysia sekali lagi diberi mandat menjadi Ahli Majlis melalui proses undian pada Persidangan IALA ke-20 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Windsor, Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.

“Malaysia telah terpilih semula sebagai ahli majlis IALA untuk penggal yang ke empat berturut-turut iaitu dari 2023 sehingga 2027,” katanya hari ini.

Pemilihan itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Francis Zachariae ketika Persidangan IALA.

Persidangan yang selama tujuh hari itu dihadiri lebih 600 peserta dari 97 negara dengan delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah JLM, Kapten Mohamad Halim Ahmed.

Lembaga Dius Api Semenanjung Malaysia mewakili negara ini sejak 1962 sebagai ahli bagi kategori kebangsaan dengan menyertai Persidangan Agung IALA setiap empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI