fbpx

Misi SAR berbaki dua hari lagi, tiada jejak Hawari ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dron berteknologi tinggi.

PUTRAJAYA – Misi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron diperluas sehingga ke Kem Empat iaitu kira-kira 8,000 meter dari aras laut hari ini.

Bagaimanapun, operasi memasuki hari ketiga bermula jam 9 pagi waktu Nepal itu gagal menemui sebarang petunjuk.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak berkata, pihaknya memperluaskan radius carian ke Kem Empat selepas tiada sebarang petunjuk ditemui pada Kem Dua dan Kem Tiga sebelum ini.

“Operasi SAR yang berjalan dua hari sebelum ini membabitkan kawasan Kem Dua dan Tiga berdepan jalan buntu dan tiada sebarang petunjuk ditemui.

“Pencarian di Kem Empat turut membabitkan kawasan ‘zon maut’ yang sangat berbahaya serta sukar dimasuki pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya juga akan meneliti dan menyemak semula gambar dan video yang dirakam di semua kem menggunakan skrin besar bagi mendapat gambaran lebih jelas.

Azim berkata, operasi SAR Muhammad Hawari kini hanya berbaki dua hari selepas pihak berkuasa Nepal memberi lanjutan lima hari bermula Sabtu lalu.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu pada Khamis (18 Mei) pukul 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI