fbpx

Bayi 2 tahun antara lima maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian yang menyaksikan lima orang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Bintulu-Sibu, Sarawak hari ini.

SIBU – Seorang bayi lelaki berumur dua tahun adalah antara lima orang yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Bintulu-Sibu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 10.09 pagi melibatkan kereta Perodua Myvi dan Kia Sportage.

Katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau yang dikerahkan ke lokasi mengesahkan Perodua Myvi terbabit dinaiki lima orang manakala Kia Sportage juga membawa lima orang.

“Bagi penumpang Perodua Myvi, seorang mangsa wanita berusia 24 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, tiga lagi penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun, seorang remaja dan kanak-kanak lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi cedera dan dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau oleh orang awam.

Bagi penumpang Kia Sportage pula, beliau berkata tiga lelaki berusia 21 hingga 61 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedik.

Sementara, katanya seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi cedera parah dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selangau menggunakan ambulans.

Beliau berkata pasukan bomba kemudian membuat pembersihan di lokasi kemalangan sebelum bertolak balik ke balai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI