fbpx

Empat inisiatif galak lepasan SPM sambung pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan empat inisiatif bagi memastikan golongan muda negara melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiatif pertama adalah memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal, manakala inisiatif kedua memendekkan tempoh pengajian sesetengah program daripada empat kepada tiga tahun.

Kata beliau, inisiatif ketiga adalah memastikan wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki IPT menerima bantuan dan sokongan selayaknya, manakala inisiatif keempat memperkenalkan Program Asasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kita mahu semua anak muda khususnya lepasan SPM melihat dengan jelas bahawa biar apa pun minat, kecenderungan dan cita-cita mereka, IPT di bawah KPT berupaya untuk menawarkan program atau kursus yang bersesuaian dengan kehendak tersebut.

“Jadi mereka mesti masuk ke universiti, mesti masuk ke politeknik. Tidak cukup dan tidak boleh sekadar setakat sekolah menengah. Mereka mesti belajar di peringkat pengajian tinggi.

“Negara ini mesti menjadi negara yang mempunyai ramai bijak pandai dan golongan yang berkemahiran,” katanya pada Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI