fbpx
AHMAD MUSTAPHA menunjukkan durian damak hasil kebunnya di Damak, Jerantut semalam.

Damak king, mas hijau berbuah luar biasa sehingga Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Pengusaha durian musim ini mampu tersenyum lebar apabila hasil durian sama ada durian klon atau Durian Kampung Premium (DKP) agak luar biasa apabila pokok yang sedang berbuah dan luruh masih terus menghasilkan bunga.

Berdasarkan tinjauan ­Kosmo! di sekitar Damak di sini mendapati, pokok-pokok durian yang berbuah dan telah luruh masih mengeluarkan bunga yang ba­nyak sekali gus menjanjikan pendapatan yang baik kepada ­pengusaha.

Keadaan itu juga dilihat mengembirakan penggemar durian yang bukan sahaja dapat menikmati raja buah dalam tempoh yang lama, malah berpeluang membeli dengan harga yang ­lebih murah ketika puncak pengeluaran.

Peraih dan pengusaha Durian Damak, Ahmad Mustapha, 44, berkata, hasil durian di Damak pada kali ini agak luar biasa apabila hampir semua pokok menghasilkan bunga yang banyak dan berperingkat.

“Tahun ini berbeza dari tahun-tahun lepas kerana ia berbuah tidak seperti biasa, buah tengah luruh pun bunga masih ada lagi.

“Saya jangkakan setiap pokok durian kali ini akan melalui tiga peringkat menyebabkan musim durian akan berterusan sehingga ke bulan Oktober,” katanya ketika ditemui di Damak di sini semalam.

Menurutnya, hasil yang menjadi pada masa ini disebabkan faktor cuaca kemarau berpanjangan yang membolehkan durian terus berbunga dengan lebat.

Katanya, harga raja buah juga tidak menentu berdasarkan kepada hasil dan permintaan dari semasa ke semasa.

“Pada masa ini harga runcit durian kampung adalah antara RM8 hingga RM10 sekilogram dan (DKP) antara RM15 hingga RM45, manakala musang king adalah antara RM20 hingga RM45 sekilogram,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pe­ngusaha durian di Damak, Fran­kie Loh, 42, berkata, raja buah kali ini amat ‘istimewa’ kerana ia berbuah dan berbunga berterusan yang menjanjikan hasil yang baik kepada pengusaha.

Katanya, meskipun menjangkakan durian ‘menjadi’ pada musim ini, namun pengusaha lain tidak menjangka hasil luar biasa apabila pokok durian terus berbunga dengan lebat ketika buah mula luruh hujung bulan lalu.

Menurutnya, kebun duriannya seluas lebih 2.4 hektar yang ditanam dengan pelbagai jenis durian seperti musang king, duri hitam, tekka dan durian kampung kini menghasilkan buah dan terus berbunga.

“Tahun ini amat istimewa kerana kita boleh lihat buah durian dan bunga yang banyak pada pokok yang sama, mungkin tahun akan datang tidak tahu lagi boleh berlaku atau tidak keadaan macam ini.

“Saya lihat keadaan ini bukan sahaja berlaku di Damak, Jerantut, malah turut berlaku di daerah lain se­perti Raub dan Bentong,”
ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN