fbpx

Yayasan, badan amal disaran sedia laporan, penyata- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pelajaran YWP di Perbadanan Putrajaya (PPj), hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Setiap yayasan dan badal amal di negara ini disarankan untuk menghantar laporan lengkap serta penyata kepada penyumbang bagi memastikan ketelusan pengurusan dana awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan adalah bertujuan bagi memberi keyakinan kepada penyumbang bahawa duit berkenaan disalurkan dengan telus.

Katanya, beliau akan memulakan inisiatif berkenaan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) agar yayasan itu muncul sebagai badan mengamalkan kaedah telus.

“Tradisi seumpama ini juga harus diikuti oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkenaan pengurusan wang zakat yang dipercayai tidak ada amalan seperti ini supaya ada laporan lengkap ke mana wang itu dibelanjakan.

“Saya bagi jaminan bahawa dana di bawah YWP diurus secara cekap dan baik. YWP akan memulakan tradisi baharu siapa yang menderma akan mendapat laporan daripada pengurusan wang didermakan ini untuk apa.

“Saya harap ia diikuti badan-badan amal dan yayasan lain. YWP akan memastikan nama penderma itu disenaraikan, kemudian enam bulan selepas itu atau kurang akan ada surat bahawa derma itu digunakan untuk membeli 20 kerusi roda untuk orang kelainan upaya (OKU) sebagai contoh berserta nama-nama penerima dan alamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pelajaran YWP, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, yayasan dan badan amal juga perlu bertanggungjawab ke atas wang yang diberi oleh penyumbang selain penyaluran itu perlu tepat kepada penerima dan tidak mengaut keuntungan daripada hasil berkenaan.

“Sebanyak 80 peratus daripada jumlah peruntukan dana mestilah disampaikan kepada orang yang memerlukan, manakala perbelanjaan pengurusan tidak boleh melebihi 20 peratus,” ujarnya KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI