DALAM riuh orang mempertikai nyanyiannya di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 40 yang dikatakan kedengaran ‘hauk’, masih ada sisi lain Aisha Retro meraih pujian ramai.
Penyanyi itu mencuri perhatian apabila bentuk badan ‘hourglass’ miliknya menjadi buah mulut netizen. Ramai memuji aset fizikal Aisha yang semakin menawan.
Mampu kembali tersenyum, pelantun lagu Tidak Adil itu berkata, bentuk badan itu bukan datang bergolek. Disiplin dan konsistensi menjadi kunci utama.
“Hampir setahun buat pilates, hasilnya begini. Siapa nak tip lagi?” tulisnya.
Diva sendiri pernah bertemu empat mata dengannya, memang tidak dinafikan susuk tubuh Aisha cukup menawan.
Bagi Diva, dia antara pelapis industri muzik yang hadir dengan kesungguhan, bukan hanya populariti kosong.
DIVA: Tidak sabar menanti kejutan busana dan persembahan Aina Abdul di pentas AJL40 nanti!














