fbpx

Malakoff dijenamakan semula, mahu lebih lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK NAZMI (tengah) dan Ahmad Tajuddin (dua dari kanan) pada pelancaran penjenamaan baharu Malakoff semalam.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar tenaga terkemuka dan peneraju dalam pengurusan sisa, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengumumkan inisiatif penjenamaan semula yang memacu perjalanannya ke arah mencapai kelestarian.

Penjenamaan semula itu merangkumi identiti visual yang segar dan matlamat perniagaan yang diperbaharui, diperkasakan oleh keazaman untuk kekal relevan dengan keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin berkembang.

Dengan menyelaraskan amalan perniagaan terasnya dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Malakoff komited untuk meminimumkan jejak alam sekitarnya, membangunkan penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mempromosikan penjagaan alam sekitar yang bertanggungjawab.

Pelancaran inisiatif penjenamaan semula Malakoff disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi Malakoff, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali.

Menurut Ahmad Tajuddin, sekarang adalah masa yang sesuai untuk meningkatkan dan memperhalusi tujuan serta memperkemas nilai Malakoff.

Logo baharu Malakoff

“Inisiatif penjenamaan semula ini menandakan komitmen kami untuk menerajui revolusi hijau global dan memperjuangkan usaha kerajaan untuk beralih kepada ekonomi kitaran.

“Tunjang teras kami diselaraskan secara langsung dengan prinsip ESG serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cita-cita alam sekitar Malaysia sendiri.

“Dengan tumpuan kami pada planet, manusia dan kemakmuran, seperti yang terkandung dalam slogan kami ‘Meningkatkan Taraf Kehidupan, Memperkayakan Komuniti’, kami berhasrat untuk memberi kesan positif yang mendalam kepada Malaysia dan seterusnya,” katanya pada majlis pelancaran di sini semalam.

Malakoff ialah pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia dan selepas mengambil alih Alam Flora Sdn. Bhd. pada 2019, ia turut menjadi salah satu penyedia perkhidmatan alam sekitar terbesar negara, menguruskan 5,748 tan sisa setiap hari.

Melalui pelbagai kempen pendidikan, kesedaran dan komuniti, syarikat itu telah menyasarkan untuk mencapai kadar kitar semula 15 hingga 20 peratus menjelang 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI