fbpx

Makkah Route pantas, pemudah urusan jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im mengucapkan selamat berangkat kepada bakal jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji KLIA, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pra-pelepasan jemaah haji menerusi inisiatif Makkah Route di Malaysia lebih pantas iaitu mengambil masa kira-kira kurang 50 saat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, inisiatif berkenaan jauh lebih baik berbanding pengalamannya terdahulu ketika menunaikan haji.

“Saya masih ingat dulu pernah buat haji dan kena beratur lama di terminal Jeddah sampai empat atau lima jam tetapi sekarang cuma kurang 50 saat,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 357 bakal jemaah haji kumpulan KT42 yang berlepas pukul 5.32 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Malaysia merupakan negara pertama dipilih oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk pelaksanaan Makkah Route pada 2017 diikuti Indonesia setahun kemudian.

Pada 2019, inisiatif itu diperluaskan di Bangladesh, Pakistan dan Tunisia, namun digantung pada 2021 dan 2022 lalu susulan penutupan sempadan ekoran pandemik Covid-19 dan Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan menambah dua lagi negara menyertainya iaitu Turkiye dan Ivory Coast bagi musim haji kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI