fbpx

Karnival MyFutureJobs PERKESO tawar hampir 15,000 jawatan kosong libatkan 100 majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Karnival MyFutureJob yang akan berlangsung di Pulau Pinang hujung minggu ini.

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menganjurkan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023.

Karnival tersebut berlangsung di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang dengan menawarkan hampir 15,000 peluang pekerjaan daripada lebih 100 majikan.

Bagi negeri Perak dan Negeri Sembilan, karnival itu telah berlangsung serentak pada pada 27 dan 28 Mei lalu, manakala untuk Pulau Pinang ia akan diadakan pada 3 dan 4 Jun depan.

PERKESO berkata, karnival itu merupakan satu platform yang menemukan pencari kerja dengan syarikat yang memerlukan bakat untuk mengisi kekosongan bagi perkembangan operasi dan perniagaan mereka.

“Selain daripada menghimpunkan pencari kerja dengan berbagai kelayakan dan kompetensi bersama bakal majikan dari pelbagai sektor di bawah satu bumbung untuk sesi temu duga terbuka.

“PERKESO juga menyediakan kaunter kaunseling kerjaya di karnival tersebut untuk meningkatkan peluang calon berjaya dalam temu duga. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk bantuan penyediaan resume, bimbingan kerjaya dan nasihat tentang kerjaya yang bersesuaian,” katanya.

Mengulas lanjut, PERKESO berkata, 100 majikan telah mengesahkan penyertaan dalam tiga karnival ini dengan jumlah keseluruhan 14,787 jawatan kosong, yang menawarkan gaji bulanan sehingga
RM10,000.

Anwar (tengah) selepas merasmikan Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs Perkeso 2023, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara majikan yang akan mengambil bahagian adalah Honda Malaysia Sdn. Bhd.,
Maybank Berhad, Maxis Broadband Sdn. Bhd., Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd., Plus Malaysia Berhad, Public Mutual Berhad, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd dan Genting Malaysia Berhad.

Turut mengambil bahagian adalah syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd., Robert Borch Malaysia Sdn Bhd, Flextronic Technology (Penang) Sdn. Bhd. dan banyak lagi syarikat daripada pelbagai sektor dan industri.

Turut dianjurkan seiring dengan temu duga terbuka di setiap karnival adalah promosi dan sesi penerangan tentang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), satu skim perlindungan untuk golongan suri rumah yang dikuat kuasakan KSM pada 1 Disember 2022.

Majlis penutup karnival akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pulau Pinang yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Menurut PERKESO, penganjuran karnival itu merupakan satu manifestasi keprihatinan pucuk pimpinan terhadap kesejahteraan rakyat menerusi pekerjaan yang stabil dan perlindungan keselamatan sosial.

Selain itu katanya, KSM juga telah melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 yang merupakan sebahagian daripada 10 inisiatif Belanjawan 2023 yang diamanahkan Kerajaan kepada KSM menerusi
PERKESO.

“Insentif Kerjaya Madani ini merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya TVET dan Program Bina Kerjaya yang menumpukan kepada peningkatan peluang-peluang pekerjaan dan penempatan pekerjaan untuk pelbagai kumpulan sasar.

“Antaranya individu bekerja sendiri, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, miskin tegar, wanita, bekas banduan, dan juga golongan belia, lepasan sekolah serta graduan TVET yang lama menganggur.

“Permohonan untuk ketiga-tiga program insentif tersebut telah dibuka pada 1 Mei lalu sehingga 31 Disember depan,” ujarnya.

Booth Kerjaya Madani juga disediakan di Karnival Kerjaya untuk memudahkan pencari kerja dan majikan mendapatkan maklumat lanjut atau membuat permohonan.

Gambar hiasan

Bagi pencari kerja tempatan, khususnya penduduk Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang yang ingin mencari pekerjaan atau meninjau pekerjaan lain, daftar segera di pautan http://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair dan seterusnya di Portal MYFutureJobs
www.myfuturejobs.gov.my untuk mendapat akses kepada Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Careline PERKESO di talian 1-300-22- 8000 atau melalui e-mel di [email protected].

Sebarang pertanyaaan atau maklumat berhubung karnival ini boleh terus layari www.myfuturejobs.gov.my -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI