fbpx

Swatch belum hubungi KDN – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

SEPANG- Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Swatch lantaran rampasan koleksi jam bertemakan pelangi yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Swatch juga belum memberi penjelasan lanjut berhubung perkataan tertera tulisan ‘LGBTQ’ pada permukaan jarum jam tersebut.

“Sebagai agensi kawal selia, kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.

“Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya
kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 buah kedai Swatch di Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ ditawarkan jenama itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek dilaporkan berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menegaskan rampasan jam tangan itu bukan berkaitan warna, tetapi ia ada kaitan dengan isu LGBT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI