fbpx

RM2.52 juta naik taraf, selenggara Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) menunjukkan isyarat bagus selepas lawatan kerjanya di sekitar Sekinchan, Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Peruntukan sebanyak RM2.52 juta diluluskan untuk sembilan projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Sekinchan, hari ini.

Pengumuman peruntukkan itu dibuat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi ‘program sentuhan kasih sayang’ kementeriannya di Selangor.

Menurut Kor Ming, secara pecahannya projek-projek itu melibatkan menaik taraf longkang utama di Jalan Bernam berjumlah RM800,000 bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berulang.

Katanya, ini meliputi longkang itu akan diperbesarkan daripada 0.9 meter kepada 2.4 meter sepanjang 300 meter.

“Selain itu, pemasangan papan iklan lampu diod pemancar cahaya (LED) di pekan Sekinchan bernilai RM 290,000 bagi merancakkan pelancongan di daerah ini.

“Peruntukkan itu akan disalurkan bagi menaiktaraf bumbung gerai penjaja pasar awam Sekinchan berjumlah RM 480,000 yang akan memberikan kemudahan keselesaan kepada 28 peniaga dan pengunjungnya nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja beliau di sekitar Sekinchan, hari ini.

Tambah Kor Ming, enam Kampung Baru Cina di sekitar Sekinchan turut mendapat manfaat menerusi peruntukkan itu bagi projek baik pulih dan membina infrastruktur dengan nilai RM 953,000.

Jelas beliau, kesemua peruntukan ini bagi memastikan perkhidmatan dan fokus kementeriannya terhadap kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.

“Kita berharap semua projek diumumkan dapat dilaksanakan Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kadar segera.

“Kementerian saya telah laksanakan ‘Performance-based Budget’ Kita kena pastikan setiap peruntukkan disalurkan tiada ketirisan, pembaziran, pemborosan serta tepat (dimanfaatkan) golongan sasaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI