fbpx

Skim insurans Rahmah mangsa banjir dilancar bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sallahuddin (berdiri) menyampaikan bantuan wang ihsan kepada salah seorang mangsa banjir di Dungun, hari ini.

DUNGUN – Tiga syarikat pengendali berminat untuk menawarkan pakej perlindungan pada kadar Rahmah kepada penduduk yang kerap terlibat banjir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perlindungan terhadap mangsa banjir itu merupakan sebahagian skim insurans Rahmah yang bakal dilancarkan pada bulan depan.

“Penduduk yang berminat hanya perlu membayar caruman pada harga Rahmah yang rendah dan mendapat perlindungan setimpal.

“KPDN sedang perkemaskan pengkalan data lengkap libatkan semua mangsa banjir di seluruh negara bagi penawaran skim Insurans Rahmah terbabit,” katanya, selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 300 keluarga daerah ini yang terjejas banjir musim tengkujuh lalu.

Salahuddin berkata, pengkalan data terbabit akan dikemaskini dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Tambah beliau, geografi kampung-kampung seluruh negara yang sering dilanda banjir juga elemen penting dalam sistem pengkalan data terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI