fbpx

Sanusi diminta fahami perlembagaan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) bersama Saifuddin (kiri) pada Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan di sebuah hotel di Sungai Petani, hari ini. 

SUNGAI PETANI – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyarankan agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membeli dan membaca buku perlembagaan bagi memahami perjalanan negara yang mempunyai 13 buah negeri termasuk Pulau Pinang.

Ini susulan dakwaan yang dibuat Muhammad Sanusi bahawa Kedah dan Pulau Pinang tidak mempunyai sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah ketika sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Anthony Loke berkata, setiap warganegara Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin politik apatah lagi seorang Menteri Besar perlu memahami prinsip Rukun Negara ketiga itu iaitu Keluhuran Perlembagaan.

Katanya, dalam segala pentadbiran negara kita perlu berpandukan kepada Perlembangaan Persekutuan.

“Bab ini kalau belajar pengajian am, di peringkat tingkatan enam, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mesti dia tahu, kalau dia tak tahu maknanya dia tak reti subjek itu.

“Dalam perlembangaan kita ada 13 buah negeri termasuk Pulau Pinang, kalau Menteri Besar Kedah tak faham saya minta dia baca balik Perlembangaan”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, sebagai rakyat Kedah beliau jarang berjumpa dengan seorang Menteri Besar yang suka mencetuskan kontroversi yang tidak perlu.

Katanya, isu antara Kedah dan Pulau Pinang sudah pun selesai di peringkat kerajaan Persekutuan dan setiap pihak perlu bergerak ke depan daripada membangkitkan perkara yang dianggap sebagai kaunter produktif.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI