fbpx

Pegawai JPN cedera dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah cedera akibat dipukul dua lelaki di pejabatnya sendiri di Jalan Stadium dekat sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari dengan mangsa dikatakan didatangi dua lelaki atas alasan untuk membincangkan urusan berkaitan sekolah.

Namun katanya, dua lelaki tersebut secara tiba-tiba menyerang mangsa yang berusia 50-an selepas berlaku perbincangan antara mereka melibatkan satu isu lain.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka antaranya mata, hidung dan bibir.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kota Setar, petang semalam.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada isu melibatkan ahli keluarga saudara-mara suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian menimpa mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan banyak mengulas mengenai kejadian itu.

“Setakat ini seorang suspek lelaki berusia 40-an telah ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 2 Jun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI