fbpx

Hujan lebat di enam buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada petang ini melaporkan hujan lebat telah dicerap di beberapa tempat melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak, utara negeri Kelantan, Terengganu dan timur Johor.

MetMalaysia berkata, keadaan itu dijangkakan akan berterusan hingga awal malam nanti.

“Sementara itu, di negeri Sabah dan Sarawak pula, hujan dicerap di satu dua tempat melibatkan bahagian Sandakan dan juga pedalam negeri Sabah.

“Begitu juga di bahagian utara dan barat Sarawak dan akan beransur reda dalam satu ke dua jam lagi,” katanya, di sini tadi.

Menurut MetMalaysia lagi, bagi negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia, keadaan cuaca cerah dan tiada hujan buat masa ini.

“Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai supaya perbanyakkan minum air, kurang aktiviti di luar rumah dan elakkan pembakaran terbuka,” tambahnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan di kawasan perkapalan melibatkan Samui, Condore, Labuan, Palawan, Layang-layang, Reef North, Phuket dan Sulu.

“Berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 4.5 meter, ini adalah bahaya untuk sebarang aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut.

“Amaran itu akan berkuat kuasa sehingga 4 Jun nanti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI