fbpx

Misi SAR Hawari diteruskan, dijangka bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hawari.

PUTRAJAYA – Berita melegakan buat rakyat Malaysia apabila misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan lima hari lagi selepas ia sepatutnya tamat hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak ketika dihubungi hari ini.

Aziz yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia berkata, misi SAR itu diteruskan selepas mendapat ihsan dan kebenaran pihak berkuasa Nepal.

Beliau berkata, pihak berkuasa Nepal sudah menutup aktiviti pendakian sepenuhnya ke puncak Everest bermula hari ini.

“Namun, pihaknya mendapat kebenaran untuk meneruskan SAR itu selama lima hari dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal.

“Misi SAR kali ini akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi yang akan dipantau pendaki, Tiong Ling Yang , 30; Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30; dan seorang malim gunung berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu,” katanya.

Katanya, misi SAR ini dijangka bermula esok dan ia bergantung kepada cuaca serta pelepasan dron oleh kastam negara itu yang tiba dari Malaysia.

Azim berkata, dron berkenaan tiba di kastam Nepal Sabtu lalu dan setakat ini dilepaskan untuk kelulusan pihak kastam

Menurutnya, sekiranya mendapat pelepasan, pihaknya akan bertolak dari Kathmandu ke Kem Dua menggunakan helikopter bagi menyambung misi SAR itu.

“Sebelum ini, kami sudah membawa satu dron dan ia boleh melakukan pengesanan sehingga melebihi aras 8,000 meter dari aras laut serta kawasan berbahaya yang tidak boleh dimasuki anggota penyelamat dan malim gunung.

“Sekiranya dron ini berjaya mengesan objek, sut pakaian atau kelengkapan lain yang digunakan Muhammad Hawari, baharulah khidmat malim gunung ditugaskan ke kawasan dikenal pasti bagi mendapatkan pengecaman.

“Kaedah itu dapat menjimatkan kos dan lebih efektif. Pada masa sama, kami juga sudah melantik 10 malim gunung yang sentiasa bersiap sedia untuk melakukan tugasan sekiranya diperlukan,” katanya

Bagaimanapun, katanya, lanjutan misi SAR itu masih lagi bergantung kepada keadaan cuaca dan jika cuaca tidak mengizinkan, maka ia akan diputuskan kemudian sama ada diteruskan atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI