fbpx

Minum susu pun salah – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY Shima tidak faham dengan sikap segelintir pihak yang sering salah faham dengan setiap perlakuannya.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi Baby Shima menyelar dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sengaja mengundang perhatian menerusi aksi minum botol susu baru-baru ini.

Kata pemilik nama penuh Nor Asha Ramli itu, kecaman tidak seharusnya dilemparkan kepadanya kerana minuman yang diambil ialah berasaskan tenusu, bukannya alkohol.

“Minum susu pun salah.

“Lainlah minum arak, ada-ada saja,” katanya dalam satu perkongsian InstStory.

Dalam pada itu, dia juga mengajak orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut sekiranya teringin untuk merasai kembali pengalaman minum dengan menggunakan botol susu.

“Siapa yang teringin nak minum susu botol macam saya, boleh buat pesanan ya.

“Tahulah ramai yang tidak pernah rasa dan asyik mengata tetapi malu sebenarnya bukan?

“Entah-entah anda semua pun nak mencuba, mari pesan dengan saya. Kita-kita sahaja yang tahu dan tidak cerita pada orang lain,” ujarnya.

Baru-baru ini, pelantun lagu Roadblock Hatiku itu mengundang rasa kurang senang dalam media sosial apabila memuat naik video minum air daripada bekas berbentuk botol susu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI