fbpx

Bekas ADUN rugi RM20,000 kebun kelapa terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebun kelapa Mohd. Iskandar yang terbakar di Kampung Pengkalan Kubur, Tembila, Besut semalam.

BESUT – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar kerugian hampir RM20,000 ekoran kebun kelapanya di Kampung Pengkalan Kubur, Tembila, di sini, terbakar semalam.

Beliau berkata, dianggarkan 20 peratus atau 60 daripada 300 pokok kelapa yang terdapat di dalam kebun itu musnah terbakar dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu.

“Kesemua 300 pokok kelapa yang ditanam sejak empat tahun lalu itu sepatutnya boleh dikutip buahnya pada akhir tahun ini.

“Selain itu, peralatan pertanian dianggarkan bernilai keseluruhan RM10,000 turut musnah dalam kebakaran terbabit,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Iskandar berkata, beliau sedih kerana hasrat untuk menuai hasil titik peluhnya selama ini tidak kesampaian.

Begitupun, beliau bersyukur kerana tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak lebih teruk di kawasan kebun seluas lima hektar itu.

“Saya syak kebakaran berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh individu tidak dikenali yang lalu lalang di tepi kebun ini.

“Cuaca panas melanda negara ketika ini menyebabkan api marak dengan terlalu cepat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI