fbpx

Komputer riba paling banyak dibuang jadi sisa elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Komputer riba dilaporkan terus muncul sebagai peranti paling banyak dibuang oleh rakyat Malaysia di seluruh negara untuk dijadikan sisa elektronik atau e-waste.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, komputer riba atau lazim disebut sebagai laptop kekal tertinggi dengan mendominasi separuh daripada keseluruhan sisa.

“Ia turut meningkat dengan ketara berbanding hanya 37 peratus yang direkodkan JAS pada 2021 melalui program berkala pada Sabtu terakhir setiap bulan di seluruh Malaysia.

“Sisa elektronik kedua paling tinggi dibuang ialah televisyen yang mencatatkan 20 peratus berbanding 26 peratus pada 2021, bahkan memintas telefon bimbit yang jatuh di posisi ketiga.

“Peranti berkenaan merekodkan sebanyak 16 peratus dilupuskan sebagai e-waste yang menunjukkan kemerosotan agak teruk daripada 31 peratus dicatatkan JAS pada 2021,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya tadi.

Peratusan itu seterusnya disusuli peti sejuk sebanyak tujuh peratus di tempat keempat, melonjak berbanding dua peratus pada 2021.

Tidak ketinggalan ialah mesin basuh yang turut bertambah kepada lima peratus daripada hanya dua peratus pada tahun sebelumnya disebabkan impak bencana alam berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI