fbpx
GAMBAR HIASAN

Kontraktor haram murah tapi tak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keghairahan orang ramai untuk memiliki rumah idaman membuatkan ada segelintir pemilik rumah sanggup mengupah kontraktor haram termasuk warga asing untuk mengubah suai kediaman mereka dengan tawaran harga yang terlalu murah.

Tindakan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah turut mengundang risiko keselamatan apabila sebilangan besar hasil kerja kontraktor haram ini didakwa tidak kemas dan kukuh selain gagal memenuhi spesifikasi pembinaan yang sepatutnya.

Antara yang menimbulkan kebimbangan adalah proses ubah suai itu dilakukan oleh mereka yang kurang mahir dalam kerja-kerja pembinaan termasuk pendawaian elektrik selain menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti.

Seorang kontraktor bumiputera dikenali sebagai Kerol, 50, berkata, adalah tidak masuk akal apabila kontraktor haram ini terutama dalam kalangan warga a­sing ini boleh menawarkan harga binaan 10 peratus lebih rendah berban­ding yang ditawarkan kontraktor berlesen.

“Kontraktor haram ini sengaja menawarkan harga yang rendah ke­rana mereka guna bahan binaan berkualiti rendah. Sebagai contoh, hendak buat rumah perlu gunakan besi diluluskan jenis Y12, tetapi kebanyakan kontraktor haram menggunakan jenis Y10.

“Mereka guna konkrit bancuh, sedangkan kita gunakan konkrit gred 25 yang tahan dan tidak mudah retak kerana ada campuran kimia. Pemilik rumah memang tidak tahu perkara ini kerana apa yang mereka inginkan rumah siap dan kelihatan cantik.

“Apa yang kita risaukan apabila berlaku bencana kerana rumah berisiko untuk runtuh,” katanya dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Gambar hiasan

Kerol berkata, kontraktor haram terdiri daripada warga asing ini juga mampu menawarkan harga rendah kepada orang ramai kerana mereka tidak perlu menanggung kos pentadbiran seperti kontraktor berlesen.

Menurut beliau, kontraktor haram warga asing tidak memerlukan pensijilan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), tidak perlu bayar cukai, tidak perlu hidupkan lesen dan pendaftaran syarikat setiap tahun.

Sedangkan katanya, kontraktor tempatan memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 setahun hanya untuk membayar kos pentadbiran, pejabat, kerani dan sebagainya untuk kekal beroperasi.

“Hakikatnya mereka (warga asing) ke Malaysia untuk be­kerja, bukan berniaga. Kalau hendak berniaga tubuhkan syarikat seperti kami dan perlu ada sejumlah wang dalam akaun bank. Perlu ada kira-kira 50 peratus pegangan bumiputera dalam syarikat.

“Kewujudan kontraktor haram yang biasanya warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar memang menjejaskan kontraktor kecil dan sederhana.

“Bagi mereka untung sedikit tidak mengapa asalkan berterusan berbanding kami memerlukan keuntungan untuk meneruskan operasi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, pemilik rumah yang mahu mengubah suai kediaman mereka perlu menggunakan khidmat kontraktor yang berdaftar dan berlesen.

Kata beliau, mereka yang menggunakan khidmat kontraktor haram warga asing boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi sebilangan pemilik rumah kurang mengambil endah perkara tersebut.

“Mereka kata beri (projek) kepada kontraktor berlesen, pekerja dari Bangladesh dan Indonesia juga yang buat kerja, tetapi mereka lupa apabila beri kepada kontraktor berlesen, mereka akan mengikut segala prosedur, ada insurans, kena ikut spesifikasi, keselamatan dan sebagainya.

“Ada juga pemilik rumah yang kena tipu dengan warga asing. Minta duit buat sikit, selepas itu lesap.

“Ada juga kes orang kaya tidak kisah bayar denda kepada PBT, asalkan rumah mereka dapat di­siapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN