fbpx

Gagal seludup 24 tan khinzir sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena berisi daging khinzir itu yang dirampas di Pelabuhan Barat, Klang.

KLANG – Cubaan menyeludup 24 tan daging khinzir sejuk beku dari Australia tanpa permit import gagal apabila dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di sini, Rabu lalu.

Kesemua daging bernilai RM180,000 itu ditemui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam sebuah kontena, kira-kira pukul 10 pagi.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, perkara itu dikesan dua pegawai penguatkuasanya yang menjalankan pemeriksaan ke atas kontena tersebut.

“Semakan mendapati kontena membawa dagangan daging itu tidak mematuhi syarat permit import yang ditetapkan. Pengimport itu gagal mempamerkan label loji penyembelihan yang diiktiraf pada bungkusan dagangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan kegagalan mematuhi syarat permit itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Daging khinzir itu ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.

Tambah Mohd. Sobri, Maqis komited memastikan produk pertanian import hanya daripada loji diktiraf bagi memastikan sumber makanan yang dibawa masuk ke negara ini bebas penyakit dan berkualiti tinggi. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI