fbpx

[VIDEO] ‘Oppa’ Black Eagles diserbu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai terutama golongan wanita bersorak termasuk menyebut 'oppa' dan 'ahjussi' sebaik sahaja juruterbang Black Eagles turun dari pesawat.

LANGKAWI – Pasukan aerobatik Black Eagles dari Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) mendapat sambutan hangat daripada ribuan penonton pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Orang ramai terutama golongan wanita bersorak termasuk menyebut ‘oppa’ dan ‘ahjussi’ sebaik sahaja juruterbang turun dari pesawat selepas selesai melakukan pertunjukan udara menggunakan pesawat jenis T50-B.

Pasukan tersebut kemudian ‘diserbu’ ketika mengadakan sesi bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung.

Ribuan pengunjung membanjiri kawasan tarmac bagi melihat pameran statik pesawat dan pertunjukan udara lima pasukan aerobatik selain melawat astaka pempamer syarikat pertahanan dan pengangkutan komersial yang dibuka kepada orang awam pada dua hari terakhir, bermula hari ini.

Edisi LIMA ke-16 berlangsung pada 23 Mei lalu dan akan berakhir pada esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI