fbpx

SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan Petronas, syarikat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan wujudnya perbuatan rasuah melibatkan projek Petronas serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, pihak Petronas telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.

“Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.

“Sehubungan itu, SPRM telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan,” katanya, hari ini.

Jelasnya, SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu itu untuk tampil menyalurkan maklumat.

Katanya, siasatan selanjutnya akan dilaksanakan dibawah Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI