fbpx

Saya tak rampas jurulatih – Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mendedahkan pasukannya mendapatkan khidmat Tat Meng melalui saluran betul serta profesional dan ia tidak sepatutnya menjadi satu isu.

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menegaskan bahawa pasukannya tidak me­langgar apa-apa peraturan ketika berusaha mendapatkan khidmat Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharunya.

Sebaliknya, pemain ranking ke-10 dunia itu menjelaskan, mereka mendapatkan khidmat jurulatih berusia 56 tahun dari Ipoh, Perak tersebut melalui saluran yang be­tul dan profesional.

Disebabkan itu, Zii Jia, 25, me­rasakan ia tidak sepatutnya menjadi satu isu walaupun pemain Hong Kong, Ng Ka Long meluahkan kekecewaan selepas mereka kehilangan khidmat Tat Meng.

“Saya penyokong tegar Manchester United, apabila Erik ten Hag ke Manchester United, adakah pemain dan pengurusan Ajax bising? Tidak ada kan?

“Sekarang adalah masanya untuk mengorak langkah ke depan. Fikir positif, lagi pun beliau adalah jurulatih dari Malaysia. Marilah kita membantu satu sama lain untuk mengejar impian Olimpik bersama-sama.

“Saya berharap beliau boleh memulakan tugasnya selepas semua kejohanan di Asia tamat sebelum kami berehat sebulan,” kata Zii Jia.

Pada masa sama, pemain dari Alor Setar, Kedah itu percaya kehadiran Tat Meng yang berpengalaman luas bersama jaguh-jaguh ternama dunia, mampu membantunya mencapai satu tahap baharu.

“Pertama sekali beliau adalah jurulatih berpengalaman dan warga tempatan. Ia akan membolehkan beliau berkomunikasi dengan baik bersama ahli pa­sukan saya yang lain.

“Beliau juga pernah membawa nama-nama besar mendapatkan keputusan bagus seperti perseorangan wanita Korea Selatan, An Se-young. Harap pengalamannya mampu membawa saya ke satu lagi tahap,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI