fbpx

Rugi RM180,000 angkara temberang pelaburan wang, emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita berputih mata apabila kerugian RM180,000 setelah terpedaya dengan helah rakan lama yang menawarkan pulangan lumayan dalam skim pelaburan wang dan emas.

Mangsa yang berusia 43 tahun itu terpengaruh selepas suspek yang merupakan lelaki tempatan menabur janji manis dengan pulangan sebanyak lima peratus daripada wang atau emas yang dilabur.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa mula melaburkan bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.

“Wanita berkenaan telah memasukkan wang tunai dan juga barangan kemas serta sebuah kenderaan dengan nilai pelaburan sebanyak RM260,000.

“Sehingga Februari tahun ini, mangsa telah menerima pulangan seperti dijanjikan beberapa kali dengan jumlah keseluruhan RM80,000, namun selepas itu tiada lagi pulangan diterima,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, ekoran itu, mangsa memaklumkan telah mengalami kerugian sebanyak RM180,000 kerana cubaan untuk menghubungi kenalan lamanya itu telah gagal apabila suspek menghilangkan diri.

Jelasnya, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Seri Alam di sini semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan turut dibuat meliputi aspek penglibatan keldai akaun dimana tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang didapati terlibat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatinya orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dan tidak munasabah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI