fbpx

Ramai doa Yasmin Hani, Alif Hadi kahwin cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO berpeluk Yasmin dan Alif (kanan) mengundang rasa kurang senang orang ramai sehingga ada yang mahu mereka bernikah segera.

KISAH cinta Yasmin Hani dengan kekasih hati, pelakon Alif Hadi bukan lagi rahsia.

Bahkan pasangan selebriti itu sangat terbuka berkongsi momen-momen romantis mereka dalam media sosial.

Jadi, apabila sudah berkongsi terlalu terbuka, soalan kahwin akan menjadi pertanyaan rutin netizen terhadap mereka.

Foto mesra bersama Alif yang dimuat naik Yasmin dalam Instagram baru-baru ini juga seperti membuka ruang untuk netizen terus mengutarakan persoalan tentang perkahwinan.

“Segeralah halalkan hubungan dengan Yasmin wahai Alif,” kata netizen.

“Jangan tunggu lama-lama, perkara baik usah dilambat-lambatkan,” pesan pengikut Instagram Yasmin.

Ada betul juga apa yang diberitahu itu. Kadang-kadang tidak manis juga apabila terlalu kerap kongsi momen romantis sedangkan tidak ada hubungan yang halal.

Mizz Lahar doakan hubungan mereka berdua berpanjangan dan berakhir ke jenjang pelamin.

MIZZ LAHAR: Makin ramai bencikan watak Shukri Yahaya dalam Andai Itu Takdirnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI