fbpx

Musim haji: 60 pelajar Malaysia jadi pembimbing jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah Malaysia dibimbing oleh muzawwir ketika melakukan ziarah Masjid Quba di Madinah semalam.

MEKAH – Seramai 60 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dipilih untuk menyertai pasukan pembimbing sepanjang aktiviti ziarah melibatkan jemaah haji Malaysia tahun ini.

Mereka bertindak sebagai muzawwir pelengkap operasi Tabung Haji (TH) dan agensi pelancongan umrah kerana mempunyai kemahiran berbahasa Arab dan ilmu mengenai lokasi bersejarah.

Timbalan Presiden Pelajar Malaysia Madinah, Ukail Ahmad Sanif, 26, berkata, seramai 60 pelajar dan 14 pembantu terlibat pada tahun ini yang mana mereka dibahagikan dalam fasa 1 dan 2 iaitu sebelum dan selepas musim haji.

Katanya, program dakwah dan ziarah dibuat secara tahunan yang mana pelajar Malaysia Madinah berkolaborasi dengan TH untuk menjayakan hasrat tersebut.

“Tugas muzawwir ialah memberi penerangan kepada jemaah bermula daripada mereka menaiki bas dari hotel sehingga kepada tempat yang hendak dituju iaitu Masjid Quba, ladang kurma Majed, Masjid Qiblatain dan Masjid Khandak atau Masjid Tujuh.

“Ia juga memberi peluang kepada kami berkhidmat kepada jemaah Malaysia di samping mengasah kemahiran untuk bercakap di depan khalayak untuk mengajar selepas tamat pengajian kelak,” kata pelajar jurusan Syariah Universiti Islam Madinah itu.

Menurut Ukail, mereka mewarisi tugasan itu daripada pelajar senior yang turut berbuat demikian bagi menampung sebahagian perbelanjaan sepanjang berada di sini.

Muzawwir ialah pasukan membantu pelaksanaan aktiviti ziarah jemaah haji Malaysia untuk aktiviti ziarah. Mereka berperanan menerangkan sejarah Madinah dan tempat-tempat yang dilawati seperti Masjid Quba’, Jabal dan maqam syuhada’ Uhud, Masjid Qiblatain dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI